Aku melangitkan doa-doa buat yang aku sayangi, hingga terlepas pandang bahawa jiwaku sendiri memerlukan doa. Selama ini, aku mengabaikan diriku, menyakiti tanpa sedar, hingga terlupa bahawa aku juga berhak untuk sembuh dengan doa-doaku.
Maka pada detik ini, akan kulangitkan doa untuk diriku sendiri, dan untuk yang aku sayangi. Kerana kini aku sedar, diriku juga layak dipeluk dalam doa.